Sunday, April 29, 2012

ini adalah lebah yang baru dihantar kepada pelanggan di kuantan. carambola bee farm juga menjual benih lebah madu dan produk madu asli dibawah jenama madu tree yang boleh dibeli secara online. pengedar juga dikehendaki dan minimum pembelian adalah 70 botol keatas dengan harga istimewa.


pollen asli yang dikumpulkan dengan mengunakan perangkap pollen.


gambar di bawah adalah satu klomi lebah  yang baru di hantar di kuatan pahang.pemiliknya ialah sheikh hassan,beliau juga yakin akan penternakan lebah madu boleh di komersialkan.kini lebah yang di letakan di berlakang rumahnya mula bekerja .




gambar di bawah menunjukan saya sedang mengumpul pollen asli untuk di jual kepada para pelanggan.pollen mengandungi sumber protien yang amat baik untuk manusia.pollen trap di gunakan dalam kaedah tersebut untuk memerangkap pollen yang di bawa oleh lebah di kakinya.




Sunday, April 15, 2012


gambar di bawah stok madu yang sudah siap sedia untuk di hantar kepada pelanggan di sekitar lembah kelang .
dan dua peserta kursus yang seorang datang dari kuatan pahang dan juga kajang.kursus akan hanya di adakan pada setiap hari rabu dan khamis sahaja,disaran kan membuat tempahan awal 3hari sebelum kursus.















Sunday, April 8, 2012

salam satu malaysia.saya masih lagi bekerja keras untuk memajukan lagi penternakan lebah di bandar(urban bee keeper).hasilnya tuan tuan sekalian boleh lihat di bawah madu yang sudah di tutup sepenuhnya dan boleh dituai.cuaca amat baik waktu ini dan saya sibuk menghasilkan ratu baru dan juga royell jelly.hampir setiap minggu ada peserta baru yang berminat dengan penternakan lebah madu.setakat ini projek berjalan dengan lancar.mungkin ramai yang tertanya tanya adakah lebah lebah saya menimbulkan masaalah kepada penduduk setempat,jawapannya adalah tidak sama sekali lebah menyerang jiran jiran setempat .untuk pengetahuan semua kalau lebah hendak menyerang manusia orang yang pertama yang akan kena serang adalah saya sendiri.kerana lebah telah di tetapkan segala aturan hidupnya oleh Allah yang maha besar.cuba lihat surah AN NAHL ayat 68.








Sunday, March 25, 2012

gambar di bawah menunjukan madu yang sudah di tutup yang boleh di ambil.ini membuktikan bahawasanya tidak mustahil jika kita ingin menternak lebah di kawasan bandar bandar besar di ibukota.saya cuba berkongsi dengan seramai yang mungkin dan alhamdulilah ramai yang menyokong usaha saya lakukan kini.dan ramai juga ingin bekerjasama dengan saya untuk memajukan kan lagi industri penternakan lebah madu.








seorang lagi peminat lebah madu cuba cuba mendekati usaha penternakan lebah madu secara komersial dan melihat industri ini boleh berjaya secara global.


Sunday, March 11, 2012

salam satu malaysia ,dan salam sejahtera pada semua yang terus menyokong usaha saya sehingga ke hari ini,hari demi hari ramai yang ingin mencuba mendalami pengetahuan dalam penternakan lebah madu di bandar besar sekitar kuala lumpur.mungkin satu hari nanti kita akan mengikuti jejak langkah dari bandaraya yang metropolitan seperti new york,france,uk,hong kong,russia dan banyak lagi.dua orang peserta muda datang dari kuala lumpur dan juga sepasang suami isteri yang berasal dari sarawak cuba berjinak jinak dalam usaha yang saya giat lakukan kini.semoga mereka juga akan berjaya amin.






Monday, February 27, 2012

gambar di bawah di ambil ketika saya sedang melakukan proses grafting bagi tujuan membuat ratu dan juga royel jelly.kepada sesiapa yang berminat untuk membeli royal jelly boleh menghubungi saya terus untuk membuat tempahan,di sini saya ingin mengambil kesempatan kepada semua untuk memaklumkan jika gagal mengubungi saya boleh terus menghantar email ke saifulharman@gmail.com atau lufiyaz@yahoo.com.saya cuba membalas email secepat mungkin.






Wednesday, February 22, 2012

salam satu malaysia,saya berharap pembaca blog saya dapat menafaat pada setiap info yang saya tulis beserta gambar gambar yang di sertakan.gambar di bawah saya ingin berkongsi kepada semua pembaca tentang proses membuat ratu baru dan juga royel jelly.kejayaan penternakan lebah bergantung kepada ratu lebah itu sendiri.apabila penternak lebah sudah mahir membuat ratu ini bermakna pengetahuannya bertambah baik.










gambar di bawah dan diatas menunjukkan sel ratu sudah di tutup hanya menunggu masa untuk di pekenalkan dengan kloni yang baru.



saya menggunakan teknik grafting untuk menghasilkan ratu baru dan juga untuk mengumpul royel jelly.anak lebah yang berumur 1 hari amat sesuai untuk program ini,kita juga harus memiliki pengelihatan yang terang untuk melakukan grafting.



lebah pekerja sedang mengisi royel jelly atau lebih di kenali sebagai susu lebah.




kloni yang cukup sihat dan mempunyai banyak nurse bee adalah amat penting dalam menghasilkan ratu baru dan juga royel jelly.




gambar di atas dan di bawah menunjukan sel ratu semula jadi yang di bina oleh lebah pekerja.